Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti.

February 15, 2014 (Sat)  |  By Charity



Pada tarikh 15 Februari 2014, AJK Kebajikan AASB bersama 19 orang staf yang lain beserta beberapa ahli keluarga masing-masing telah membuat lawatan ke rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-lkhlas di Puchong.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi kesedaran dan mewuj udkan rasa ihsan kepada warga tua yang dipinggirkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan rumah jagaan tersebut serta sesi beramah-mesra bersama warga tua. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul1.00 tengahari.

AJK Kebajikan AASB juga te lah mengutip sumbangan ikhlas daripada staf serta pemberian peribadi untuk diberi kepada warga tua Al-lkhlas.

Dengan wang tersebut, AJK Kebajikan telah membeli barang-barang keperluan asas bagi menampung keperluan harian rumah jagaan tersebut. Sedikit sebanyak ia memberi kegembirann kepada warga tua Al-lkhlas.

Semoga akan ada peluang untuk kami melakukan aktiviti kebajikan lagi pada masa akan datang bagi memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua staf AASB. Kerjasama yang diberikan oleh semua staf yang terlibat terutama Pengarah syarikat dan Pengurus adalah sangat dihargai kami, AJK Kebajikan AASB.

Diharap usaha ini akan ditingkatkan lagi di masa akan datang. Terima kasih.