A Day with An-Nasuha Orphanage

April 11, 2015 (Sat)  |  By Charity
Pada tahun 2015, Kelab Sukan Aqidea telah memilih Rumah Anak Yatim Al-Nasuha, Gombak untuk menjalankan aktiviti kebajikan bersama dengan anak-anak yatim.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian anak-anak yatim tersebut bagi menjalankan aktiviti lawatan sambal belajar ke Muzium Negara, Memorial Tun Abdul Razak dan Masjid Negara. Ini adalah pertama kali mereka dibawa ke tempat-tempat yang tersenarai dan secara tidak langsung boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan membantu mereka di dalam pelajaran masing-masing.

Seramai 35 anak yatim yang berumur antara 6 hingga 16 tahun berserta 3 orang guru pengiring terlibat dengan aktiviti ini. Staff Aqidea yang turut mengiringi adalah seramai 35 orang beserta 15 orang yang terdiri daripada isteri/suami dan anak-anak kakitangan.

Alhamdulillah, program lawatan berlangsung di dalam suasana yang harmoni dan jelas memaparkan wajah-wajah kegembiraan daripada anak-anak yatim tersebut. Semoga lawatan ini menjadikan kenangan yang terindah buat mereka.
“Allah swt cinta kepada orang yang cintakan anak yatim dan fakir miskin”