PROGRAM LAWATAN KE KOMPLEKS TAHFIZ AL-QURAN & ANAK YATIM AL-QARADHAWI KUALA KERDAU, TEMERLOH, PAHANG

April 1, 2017 (Sat)  |  By CHARITY
Pada tahun 2017, Kelab Sukan Aqidea telah memilih Kompleks Tahfiz Al-Quran (KOMTAQ) untuk menjalankan aktiviti kebajikan.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melawat dan membantu dalam menaik taraf kawasan halaman Pusat Tahfiz tersebut yang masih baru di bina.

Seramai 39 orang staff telah terlibat dengan aktiviti ini. Sebanyak 20 batang pokok buah-buahan telah berjaya ditanam yang terdiri daripada pokok buah rambutan, nangka, jambu, manga dan manggis.

Perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM1,600 bagi membeli barang-barang keperluan dan juga perbelanjaan sepanjang aktiviti tersebut. Kutipan derma ikhlas daripada kakitangan juga dilakukan dan sumbangan yang terkumpul adalah sebanyak RM1,500.00. Kutipan ini telah digunakan untuk tujuan pembelian pokok-pokok tersebut dan lebihan di sumbangkan kepada KOMTAQ.

Selain itu, aktiviti melawat kolam ikan yang di usahakan pihak KOMTAQ telah diadakan dengan kebanyakan staf membeli ikan yang telah diambil terus dari kolam tersebut. Semoga dengan harapan dapat juga membantu lagi sedikit sebanyak.

Alhamdulillah, program lawatan telah berlangsung di dalam suasana yang harmoni dan gembira. AJK Kebajikan ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan penglibatan Pengarah Urusan, Pengarah dan juga semua staff berserta keluarga.

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.